SELAMAT KEMBALI


Perjalanan dari Jeddah ke Dubai tidak membosankan kerana ruang di dalam kapal terbang SAUDI AIRLINES sangat selesa..jam 9.00 pagi kami bertolak dari Jeddah dan sampai di Dubai jam 11.00 pagi waktu dubai..

Peluang nak membeli belah terbuka luas kerana masa transit selama 5 jam dah memadai untuk bershopping sakan..tapi memandangkan poket yang nipis..terpaksalah shopping mata saja...apapun aku sempat gak sambaq keyboard arabic wireles dengan mesin gunting rambut...kira ok lar sebab alat2 nie lebih murah berbanding harganya di tanah air sendiri.

Jam 6 petang kami bertolak ke Karachi dengan penerbangan MALAYSIA...adui lar....susah nak komen..kang meludah ke langit..jatuh atas muka sendiri lak..cuma mmg x selesa lar berbanding dengan penerbangan antarabangsa yang lain..berbanding dengan SIA, ITTIHAD, SAUDI, CATHAY, SAUDI,EMIRATES dan lain2...layaknya MALAYSIA dibandingkan dengan PIA sahaja...mujurlah nak bersolat mendapat kerjasama dari anak-anak kapal terutama pihak pramugara..kalau pihak pramugari nie..memang sombong tul..

0 comments:

Post a Comment