MUSCAT


Adui la...kapal terbang OMAN AIR buat hal lak..kena delay sampai 4 jam lebih...perut lak dah mendendangkan lagu2 indah...berkeroncong, bernasyid bahkan berdikir barat lak..mana taknya..sarapan pun belum...jam ditangan dah menunjukkan jam 7 pagi waktu dubai tetapi jam malaysia dan jam 11 pagi...Tgh dok mengeluh kesah..pramugari lak bawakan nasi..wuii org lapar diberikan nasi...menyelerakan..aku rasa kalau time nie makan telur rebus cicah garam pun kira sedap sangat dah..hahha


Akhirnya jam 9 lebih barulah kapal terbang mula bergerak...mendebarkan sebab inilah kali pertama aku naik kapal terbang OMAN AIR..kapal terbang baru berjaya meredakan debaran hati aku...bila mula terbang, aku rasa lahaii..kapal terbang OMAN AIR ni lebih best dari kapal terbang MALAYSIA AIRLINE yang aku naik semalam...huhu..bukan nak kutuk tapi itulah kenyataan.

Alhamdulillah perjalanan dari Dubai ke Muscat tidak meletihkan kerana ianya menyajikan pemandangan yang indah dan mengujakan...hamparan bukit batu kelihatan seperti kaca yang berkilauan disinari mentari dan kebiruan lautan yang luas memberikan padanan warna yang sangat menarik...mmg indah ciptaan Allah..masya Allah...

Perjalanan hanya mengambil masa selama 45 minit...tepat jam 10 pagi..aku pun mendarat dengan selamatnya di Lapangan terbang Antarabangsa Muscat..aik..x dak lak pak arab ni tepuk tangan..selalunya kalau naik kapal terbang dengan pak arab..memang dia tepuk tangan serupa org kena loteri...emmm


DUBAI


Adui...lama dah x naik kapal terbang antarabangsa ..rasa sakit urat bertambah apabila kapal terbang MALAYSIA jenis kapal terbang lama...bayangkan skrin tv pun kena kongsi kat depan..mak aii..rasa macam balik dari sabah ja...lekeh betul ler kapal terbang MALAYSIA nie...

bukan niat nak kutuk tapi itulah hakikatnya...dah lar letih sebab x leh nak layan game, filem atau sebagainya..duduk dan tido jer..cukup masa bangun makan...

Akhirnya jam 4 pagi sampai di Dubai...jauh berbeza terminal antarabangsa Dubai berbanding kali terakhir aku menjejakkan kaki pada tahun 2000 dahulu...memang luas dan selesa untuk berehat sekejap...

Aku sempat ler berpusing-pusing kat pasaraya tapi x tau nak beli apa lak..cadang nak beli kacang tapi takkan nak heret bawa pi oman kot...akhirnya aku beli gak..ayaq mineral sebotol...huhu

KLIA


Ada sedikit masaalah apabila tiket lum confirm masa kami nak check in berlepas..memang ada sedikit kelam kabut sebab aku difahamkan bahawa tiket baru sahaja dikeluarkan oleh pihak syarikat travel...akhirnya semua settle dan kami dibenarkan masuk...alahai masa ni lah teringat isteri tercinta dan anak2 tersayang bila tgk kawan2 lain berpelukan dgn sanak saudara masing2....

tepat jam 11 malam..semua org dah bersedia nak cop pasport...penerbangan dari kl ke dubai akan mengambil masa selama 8 jam dgn kapal terbang MALAYSIA..singgah di dubai selama 3 jam... lepas tu terus ke Muscat dengan penerbangan OMAN AIR dan akan mengambil masa selama 45 minit sahaja..hatiku berdebar2 maklumlah dah lama sangat x ambik penerbangan antarabangsa...hampir 8 tahun dah x naik sejak balik dari cairo pada tahun 2001 tempohari.


Allison Klana



Kawanku madey dah call banyak kali..alahai sorry aaa madey..dok dlm flight lagi...mana leh on hp...hehe..akhirnya jam 6 lebih baru settle semua urusan baggage..madey pun tersengih dah kat balai ketibaan..

Allison klana..kali pertama menjejakkan kaki kat sana..lama dah x pernah mai n9 nie..pening tgk jalan bersimpan siur...rasanya kat sabah lagi best..jalan sehala ja...ke tawau sehala..ke sipitang pun sehala...senang betul...hiksss

jam 8.30 mlm ade taklimat mengenai keberangkatan ke oman..Ust Aziz dan beberapa pegawai kanan BPI memberikan taklimat ringkas dan merasmikan program ini di Malaysia..

Aku dok sebilik dgn ust sibi...hehe..control macho beb..sebilik dgn pegawai nie mcm biasa lar...

BERSIAP..


Negara Oman mmg sgt asing bagiku...x pernah terlintas aku akan sampai ke negara ini..dalam kepala ni dok terbayang org arab yg faudo mcm arab mesir ataupun sombong mcm orang arab saudi..ntahler...x tau nak komen lagi...

Ust Aziz dr BPI dah bgtau tiket dari kk-kl leh ambik di pej mas dan terus leh terbang pada 22 hb 4 dan perlu daftarkan diri di Allison Klana Nilai..apapun persiapan dah siap dibuat..Nur fitrah x tanya sbb dia x leh ckp lagi tapi hani yang banyak bertanya.."baba nak pi mana?" alahai..."baba nak pi kursus lar sayang", "baba nak pi kursus?"..sayu jer bila pandang anak mata hani...terus aku peluk hani..."kakak jaga mama,jaga adik ya"...

MAJLIS KHATAM ALQURAN PERINGKAT NEGERI SABAH


Ketua-ketua kontinjen berehat sambil snap gambar untuk kenangan...biasa lah ..letih menunggu dari jam 6.30 pagi...majlis bermula jam 12.00 tghari..isk isk isk