GUNUNG KINABALU


Memang kalau ikut perancangan awal nak bawa mak ayah jalan2 pi tengok kundasang dan pekan ranau jer sambil menikmati keindahan gunung kinabalu yang dimegah2kan...tapi bila sampai Ranau...ada sepupu kat telupid lak beriaya2 suruh teruskan perjalanan sampai ke telupid.

Alamak..kalau ikut hati memang x nak pegi sebab perjalanan ke telupid dari ranau dah memakan masa 2 jam lagi..letih tapi apa nak buat...bila tahun lagi nak pi tengok rumah sepupu aku tu..akhirnya kami teruskan perjalanan ja ke telupid..lepas lunch teru patah balik ke KK...mak aii..letihnya x tau nak habaq...

KOTA KINABALU

Alhamdulillah aku telah menjejakkan kaki di bumi bertuah...Kota Kinabalu nan permai mengaru-garu jiwa dan ingatanku...alahai...
Isteriku tercinta dan Hani menyambut ketibaanku...lahaii..baba rindukan kalian...mana adik? adik masih dirumah nenek..rumah pengasuhku yang ramah... Kepala baba botak kata hani..hehehe aku ketawa...jom kita pi ambil adik...
Adik perati aku macam hairan...kemudian dia senyum..mai kat baba......aku mendokong adik...

SELAMAT KEMBALI


Perjalanan dari Jeddah ke Dubai tidak membosankan kerana ruang di dalam kapal terbang SAUDI AIRLINES sangat selesa..jam 9.00 pagi kami bertolak dari Jeddah dan sampai di Dubai jam 11.00 pagi waktu dubai..

Peluang nak membeli belah terbuka luas kerana masa transit selama 5 jam dah memadai untuk bershopping sakan..tapi memandangkan poket yang nipis..terpaksalah shopping mata saja...apapun aku sempat gak sambaq keyboard arabic wireles dengan mesin gunting rambut...kira ok lar sebab alat2 nie lebih murah berbanding harganya di tanah air sendiri.

Jam 6 petang kami bertolak ke Karachi dengan penerbangan MALAYSIA...adui lar....susah nak komen..kang meludah ke langit..jatuh atas muka sendiri lak..cuma mmg x selesa lar berbanding dengan penerbangan antarabangsa yang lain..berbanding dengan SIA, ITTIHAD, SAUDI, CATHAY, SAUDI,EMIRATES dan lain2...layaknya MALAYSIA dibandingkan dengan PIA sahaja...mujurlah nak bersolat mendapat kerjasama dari anak-anak kapal terutama pihak pramugara..kalau pihak pramugari nie..memang sombong tul..

WIDA


Tepat jam 11.00 mlm, aku pun mengerjakan tawaf Wida..sayu hatiku bila mengenangkan adakah aku akan kembali lagi ke sini..bumi yang barakah...

selepas mengerjakan tawaf Wida, kami pun bertolak ke jeddah diiringi dgn doa untuk bermusafir...


UMAH RASHIDAH


Alhamdulillah aku sampai kat umah shidah..8 tahun yang lalu, umah dia kat jabal hindi dan sekarang di Khansak....selepas makan tengahari, aku sempat bertemu anak2 Shidah iaitu Hamzah, Dania, Tahani dan Hashim.

Lepas makan aku berdang nak pergi menziarahi Baba Hussin Siraji yang sangat uzur sekarang...Bekas guru Masjidil Haram yang terkenal sedang terlantar sakit...

RAUDAH


Alhamdulillah hajatku nak menunaikan solat di mihrab Rasulullah SAW termakbul..Jamaah dah bersesak sejak dari jam 3 pagi membuatkan aku merenung kembali sejarah nabawi..melihat darul suffah dan raudah dari kejauhan membuatkan aku sebak yang amat sangat..

Wahai Rasulullah..aku generasi yang jauh darimu..aku tidak berpeluang tidak bertemu denganmu namun aku tetap menyintaimu..aku ingin meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini melalui tugas ku sebagai seorang guru...dekatkanlah hatiku denganmu ya Rasulullah...basahilah lisanku dengan selawat keatasmu ya Rasulullah...

Air mata menitis laju merenung makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA dan makam Saidina Omar RA untuk sekian kalinya..aku tidak berpeluang menjadi sahabatmu ya Rasulullah tetapi jangan kau tinggalkan aku, isteri dan anak2 ku dari menjadi ummat mu ya Rasulullah s.a.w


Aku turut berkesempatan menunaikan solat subuh di dalam kawasan Raudah yang diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai sebuah taman dari taman syurga..Ya Rabb,,aku bersyukur kepadaMu kerana memberikan kesempatan indah ini buatku..

MADINAH AL MUNAWWARAH


Aku tersedar jam 3 pagi..kesejukan buat aku nyenyak tido..mungkin sebab keletihan yang amat sangat..bila tersedar aku terpandang menara masjid Nabawi..Ya Allah, Engkau telah mengizinkan aku menjejakkan kaki sekali lagi untuk menziarahi Makam KekasihMU MUHAMMAD S.A.W dan para sahabat Baginda RA..

Air mata tetiba menitis...kerinduanku kepada Rasulullah SAW makin membuak2..selepas berkemas di bilik..jam 4 pagi aku dah turun menuju masjid Nabawi untuk bersolat subuh dan menziarahi Makam Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda RA.

Selepas solat subuh aku bergegas bersama ribuan jamaah untuk menziarahi Baginda SAW dan kelihatan ramai jamaah masih bersembahyang..sembahyang apa pulak lps subuh nie?? isk isk..aku pun berkata " la Solata bakda Solata Subh"..aku kata perlahan ja...hehe

JEDDAH


Jeddah ku jejaki jam 3.30 petang waktu saudi setelah hampir 9 tahun ku tinggalkan...bangunan berubah namun perangai pegawai imigresen saudi x pernah berubah..tetap sombong dan suka menengking x kira yang ditengking tu tua atau muda..geleng kepala aku tengok pakcik dari pakistan kena tengking..dah la dia x faham ckp arab..tetiba kena ' ya Allah ruh..ruh ..ruh...'..

Beg berselerakan buatkan darah menyirap..puas mencari akhirnya jumpa gak..hampir jam 6 petang baru kami semua beredar dari lapangan Antarabangsa Jeddah menuju ke pejabat MALAYSIA AIRLINES untuk membuat pengesahan tiket balik nanti..akhirnya jam 8.30 malam baru kami bertolak menuju bandar Madinah...

ABU DHABI


Flight ITTIHAD mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Abu Dhabi tepat jam 11.50.. catatan ini dibuat melalui kemudahan wifi percuma yang disediakan disana..biarpun kenangan di Oman masih kuat dalam ingatan namun setiap pertemuan mesti ada pepisahan..

SELAMAT TINGGAL MUSCAT...


Muscat akan kutinggalkan sebentar sahaja lagi..barang lak terlebih berat..alahai..ada yang kena bayar sampai 24RO..lebih kurang rm200 la...

Dr Oklah, Ust Said,, En Fadli datang menghantar kami di sini..rasa terharu sangat bila Dr Oklah asyik menyebut ttg harapan dia untuk bertemu lagi dilain waktu..

maas Salamah ya Muscat...Oman mahbub dlm kenangan

MAJLIS PENUTUP KURSUS


Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Al Fadhil Mustafa bin Ali bin Abdul Latif, Wakil Khas Pejabat Kementerian Kewangan Oman..Tepat jam 8 malam..pengerusi telah memulakan majlis..mula2 terkejut sebab majlis tidak dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al Quran seperti yang tertulis dalam tentatif majlis...ermm..rupa2nya Qari lak terlambat sampai 5 minit...fuh..mmg respek dengan orang Oman sebab betul2 jaga masa...

X TIDOQ LAGI..


Laporan keseluruhan dah siap dibuat..tinggal nak edit ja lagi..alahaii...dah 2 malam x tido buatkan mata ku jadi merah dan kepala pun berat jer...badan rasa melayang2 jer...may be sebab letih sgt kot..apapun semua dah settle...

kelas ust mohd bin khamis hari nie membincangkan tentang cara dan kaedah menggunakan mukjam arabi..mmg sangat menarik bila aku baru tau ada rupanya kelas khas untuk belajar cara menggunakan mukjam dan kamus arabi khasnya.

Kelas ustaz said pada waktu malam membincangkan ttg kemahiran mendengar dan kaedah sesuai digunakan dlm p & p..boring sikit sbb aku dok edit laporan unit..apapun aku dengar gak...ada dah kemahiran mendengar..hehe

SELAMAT HARI GURU...

Selamat hari guru buat semua guru yang berusaha memberikan ilmu kepada generasi negara..Jasa kalian sangat tinggi nilai harganya disisi masyarakat...