RAUDAH


Alhamdulillah hajatku nak menunaikan solat di mihrab Rasulullah SAW termakbul..Jamaah dah bersesak sejak dari jam 3 pagi membuatkan aku merenung kembali sejarah nabawi..melihat darul suffah dan raudah dari kejauhan membuatkan aku sebak yang amat sangat..

Wahai Rasulullah..aku generasi yang jauh darimu..aku tidak berpeluang tidak bertemu denganmu namun aku tetap menyintaimu..aku ingin meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini melalui tugas ku sebagai seorang guru...dekatkanlah hatiku denganmu ya Rasulullah...basahilah lisanku dengan selawat keatasmu ya Rasulullah...

Air mata menitis laju merenung makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA dan makam Saidina Omar RA untuk sekian kalinya..aku tidak berpeluang menjadi sahabatmu ya Rasulullah tetapi jangan kau tinggalkan aku, isteri dan anak2 ku dari menjadi ummat mu ya Rasulullah s.a.w


Aku turut berkesempatan menunaikan solat subuh di dalam kawasan Raudah yang diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai sebuah taman dari taman syurga..Ya Rabb,,aku bersyukur kepadaMu kerana memberikan kesempatan indah ini buatku..

0 comments:

Post a Comment