CATATAN PERANTAU..

30hb ramadhan 1429 mencatat kenangan indah buat kami sekeluarga. Aidil fitri yang menjelang x terasa kemeriahannya kerana tenggelam dlm debaran menanti kelahiran cahaya mata kedua ini. Kelahiran ini sangat beerti kerana kami kini berada di bumi dibawah bayu. 5 tahun lalu Hani syazwani dilahirkan di Hospital Sungai Petani ketika kami semua bekerja disana... lps dia dilahirkan, barulah aku dapat mengajar di SRK LOK YUK LIKAS, SABAH.

Cahaya mata kedua pulak gugur pada waktu subuh. Sedih sebab masa tu terpaksa pinjam kereta ust sabri untuk nak ke hospital Likas. Time tu lak kereta masih kat semenanjung...dalam keadaan kelam kabut tu mujur kereta ust sabri ada..pinjam kereta dia lar...kalau diingat balik masa tu mmg perit..perit sangat bila en dr bagitau anak yang dalam kandungan tu gugur ketika berusia 2 bulan...Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keluargaku...

Kini Hani dapat adik baru...cahaya mata ketiga ni dilahirkan di Hospital Papar, Sabah. Akhirnya tepat jam 4.30 petang, cik misi datang bgtau bahawa isteriku selamat bersalin... Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan rezeki di bulan yang penuh dengan keberkatan ni