Nur Fitrah Kena Demam Kuning

Nurfitrah kena demam kuning bila dilahirkan..alahai banyaknya petua yang diberikan oleh orang yg prihatin tp satu pun x menjadi..ada yg suruh rebus daun hujan panas lah, susu kambing lah dan mcm2...

Usaha memang berusaha tp sian tgk dia...nampak mcm x bermaya jer..dah ler kena ambik darah tiap2 hari sampai cik misi pun dah kenai muka aku nie...raya mcm x raya lar..

akhirnya bila balik ke kampung time cuti panjang hari tu..pak mertua aku suruh jumpa dr pakar kat aloq setaq...tapi x settle gak...dulu masa hani mmg kena demam kuning gak sampai ditahan kat wad selama 3 hari..

aku pun ambik keputusan amal jer petua yang digunakan masa sembuhkan hani dulu..beli mutiara cina dan beri minum...alhamdulillah dengan izin Allah nur fitrah pun beransur baik...syukur kehadrat Allah swt..

CATATAN PERANTAU..

30hb ramadhan 1429 mencatat kenangan indah buat kami sekeluarga. Aidil fitri yang menjelang x terasa kemeriahannya kerana tenggelam dlm debaran menanti kelahiran cahaya mata kedua ini. Kelahiran ini sangat beerti kerana kami kini berada di bumi dibawah bayu. 5 tahun lalu Hani syazwani dilahirkan di Hospital Sungai Petani ketika kami semua bekerja disana... lps dia dilahirkan, barulah aku dapat mengajar di SRK LOK YUK LIKAS, SABAH.

Cahaya mata kedua pulak gugur pada waktu subuh. Sedih sebab masa tu terpaksa pinjam kereta ust sabri untuk nak ke hospital Likas. Time tu lak kereta masih kat semenanjung...dalam keadaan kelam kabut tu mujur kereta ust sabri ada..pinjam kereta dia lar...kalau diingat balik masa tu mmg perit..perit sangat bila en dr bagitau anak yang dalam kandungan tu gugur ketika berusia 2 bulan...Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keluargaku...

Kini Hani dapat adik baru...cahaya mata ketiga ni dilahirkan di Hospital Papar, Sabah. Akhirnya tepat jam 4.30 petang, cik misi datang bgtau bahawa isteriku selamat bersalin... Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan rezeki di bulan yang penuh dengan keberkatan ni